h1

Trip Mesir Easter 2009

January 17, 2009

Assalamualaikum wbt

Dukacita dimaklumkan, Trip
Mesir Easter ini
dibatalkan. Harga tiket
sekitar 400 pound bagi musim Easter ini dan
masalah teknikal lain
membuatkan hal ini sukar
dielak.

Minta maaf kepada
kawan2, maafkan ya…~

Keep in touch if you guys
still mahu proceed, i will
help mana2 yg mampu… :x

Dan sila layari website ini, VILLA KASTURI
Kendalian warga Malaysia yang berada di Mesir
Very well recomended untuk sahabat yang mahu ke Mesir

Jazakumullah khair

h1

Registration Trip Mesir Easter 2009

December 11, 2008

Assalamualaikum wbt

Allahu Akbar 3x…Wa lilla hilham

Subhanallah Tuhan yang telah mengurniakan kita dengan pelbagai nikmat

Semoga segala nikmat yang kita nikmati ini bukan merupakan istikhraj

Yakni dengan istkhraj itu supaya kita semakin lalai dan angkuh dengan Yang Maha Kuasa

Takbir Raya Akademi Fantasia

Registration Trip ke Mesir untuk Easter ini terus berjalan:

Nama

Universiti

1

Ica

Sheffield

2

Aqilah

Sheffield

3

Cha Bergaya

Nottingham

4

ponik

5

samsul

Warwick

6

Zulkifli yahaya

7

Gona

Liverpool

8

Khairul Anwar Zahri (ROY)

Sheffield

9

Sofia

Sheffield

10

KAwan Sofia

11

Kawan Sofia

12

Iman Nazi

Sheffield

13

Afiqah Bte Mohammed

Nottingham

14

Siti nurul amirah bte ishak

Nottingham

15

Syukri Shafii (Keri)

Sheffield

16

Tengku Aisyah Yuhanis

Bradford

17

M Azri

Sheffield

18

Sarimi

Sheffield

19

Azweed

Sheffield

20

Munirah

Sheffield

21

Faezah

Warwick

22

Kodiang

Sheffield

23

Intan Nadia

Nottingham

24

Zaffan

Nottingham

25

Fatihah Othman

Nottingham

26

Siti Nurul Asyiqeen Abd Halim

Nottingham

27

Hamizah Zulkifli

Nottingham

28

Ruzaini Sharom

Sheffield

29

Mohd Shahnom

Sheffield

Those yang sudah berdaftar atau berminat tetapi tidak terdapat namanya, sila hubungi ku ya

Dan jom promote ramai-ramai

Lebih ramai lebih bagus kan..

JZK

h1

Eid Mubarak

December 8, 2008

Eid al-Fitr in 1429 Hijrah/ 2008

Jika kejayaan tidak disulami pengorbanan, maka ia bukanlah sebuah kejayaan

Kesulitan hari ini akan membuahkan kesenangan di masa hadapan

Teruskan berusaha dan berani membuat perubahan

Sesungguhnya Allah swt bersama mereka yang sabar

//upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/c/c7/Blue_rose-artificially_coloured.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Memelihara iman itu perlukan kebijaksanaan dan kesabaran

Bagaikan tanpa kasut, berjalan di jalan yang penuh duri…

Tawakal kepada Allah swt adalah beza manusia yang beriman atau tidak

Tawakal perlu disertai usaha dan doa

…………raja’ dan khauf

//www.rosecoloration.com/blue.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Dunia jambatan ke akhirat

Eid mubarak

JZK

h1

Mesir Dan Islam

December 7, 2008

Sejarah Mesir : Pengenalan (SOURCE)

Pengenalan

Peradaban Mesir terkenal sebagai salah satu di antara sejarah peradaban manusia tertua di dunia dan dikenali dengan sistem pentadbiran negara paling maju dalam hubungan sosial di zamannya. Namun masyarakat yang “beradab” ini, pada masa era pemerintahan Firaun telah menyaduri sistem dajal ke dalam sistem kerajaan mereka.

Hal ini disebutkan secara jelas dalam al Quran dalam bahasa yang amat jelas dan nyata. Mereka bersifat bongkak, angkuh dengan kebanggaan diri. Akhirnya baik peradaban mereka yang maju, mahupun kemajuan sosial politik mereka bahkan dengan tentera yang kuat sekalipun tidak mampu menyelamatkan diri ketika mereka dihancurkan.

“Kami menceritakan kepadamu sebahagian daripada kisah Musa dan Firaun dengan benar untuk orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Firaun telah berbuat sewenang-wenangnya di muka bumi dan menjadikan penduduknya berpecah belah, dengan menindas segolongan daripada mereka, menyembelih anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya Firaun termasuk ke dalam orang-orang yang berbuat kerosakan. Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi (Mesir) itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin serta menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi ( bumi ). Dan akan Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi serta akan Kami perlihatkan kepada Firaun dan Haman beserta tenteranya apa yang selalu mereka bimbangkan daripada mereka itu”

Peradaban bangsa Mesir sangat bergantung kepada kesuburan sungai Nil . Bangsa Mesir telah menetap di lembah Nil kerana suburnya kawasan ini dengan limpahan air yang sentiasa mengalir sehinggakan mereka boleh memanfaatkan tanah dengan kemudahan air yang telah diperolehi daripada sumber pengairan sungai yang tidak tergantung kepada musim hujan.

Republik Arab Mesir merupakan sebuah negara yang luas iaitu meliputi 1,002,00 kilo-meter persegi di Benua Afrika. Namun begitu hanya 4 % daripada tanahnya terdiri daripada kawasan delta yang amat sesuai untuk pertanian sementara yang lain adalah kawasan padang pasir dan berbukit. Negara Mesir terbahagi kepada 21 wilayah (muhafazah). Secara amnya, suhu di Republik Arab Mesir ini di antara 7-40 darjah Celcius. Terdapat empat musim yang terdiri daripada:

Musim Sejuk November – Januari
Musim Bunga Februari – April
Musim Panas Mei – Julai
Musim Luruh Ogos – Oktober

Agama Islam menjadi agama rasmi negara dengan dijadikan undang-undang Islam sebagai sumber perundangan. Sebanyak 94% penduduk adalah beragama Islam dan bakinya beragama Kristian Katholik . Namun begitu, agama lain turut diberikan kebebasan untuk dianuti oleh. Bahasa rasmi negara ini ialah bahasa Arab Fushah namun bahasa Arab Ammmiyah adalah bahasa yang dipraktikkan sehari-hari di negara Mesir ini sementara Bahasa lnggeris dan Bahasa Perancis menjadi bahasa kedua.

Komodoti sara hidup di negara ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ini berikutan Dasar Ekonomi Terbuka yang diamalkan oleh kerajaan Mesir sekarang yang menyebabkan meningkatnya kadar sewa rumah dan harga barang-barang keperluan seharian. Perbelanjaan minima bagi seorang pelajar Malaysia sekarang dalam lingkungan USD50 sebulan .

Islam Di Mesir

Muslim Brotherhood – Egypt

Inside Story – Muslim Brotherhood – 29 Jul 07 – Part 1

Inside Story – Muslim Brotherhood – 29 Jul 07 – Part 2

h1

Self Destruction

December 5, 2008

Emotional Self Destruction

Even if you’re not harming yourself physically,
you could still be using a form of self harm.

You might not even know it, but you could be emotionally hurting yourself.
Telling yourself that everything is your fault,
that you’re stupid,
ugly,
or a bad person can really damage your self esteem.

That could lead to you physically harming yourself

- Interior Monolog, 8.10 am -

h1

Inilah Dakwah

December 4, 2008

Dakwah Tidak Bersifat Memilih, Inilah Dakwah Dibawah Kepimpinan Ulama’

h1

Belajar Kata ‘TIDAK’

December 3, 2008

Belajar kata ‘TIDAK’

Untuk mengatakan TIDAK boleh jadi adalah suatu perkara yang sukar

Mereka yang mempunyai rasa rendah diri (negatif) selalunya mempunyai kurang ketegasan ketika meluahkan apa yang difikir, bersikap cuba untuk memenuhi kehendak setiap orang.

Mereka kadangkala berasa malu atau rasa bersalah jika mengatakan TIDAK

Apabila melakukan sesuatu yang sebenarnya kita tidak mahu, besar kemungkinan kita akan end up dengan perasaan seperti digunakan, marah, kecil hati, dan perasaan negatif lain yang seumpamanya.

Cara mudah dan ringkas untuk melafazkan TIDAK adalah seperti :

” Minta maaf, saya fikir tidak boleh menolong kamu kali ini…permisi ya”

” Tidak boleh sekarang, lain kali k..”

Sekiranya perlu untuk membuat penjelasan, cuba lakukannya seringkas mungkin. Elak penggunaan ayat yang meleret :

” Tidak boleh la, saya sudah ada perkara lain yang dirancang untuk dibuat, minta maaf ya”

” Subhanallah, baru sebentar saya dibooking ..lain kali ya pak”

Cara lain untuk kata tidak:

  • Saya tidak boleh lakukannya sekarang
  • No, thanks. Not this time. Thank you for asking.
  • Minta maaf, saya tidak boleh
  • Harap maklum , saya tidak dapat hadir
  • I’d rather not

Sekiranya kita dipujuk untuk memikirkan sekali lagi keputusan tadi, maka susah la kan untuk mengatakan TIDAK.

Cubalah menggunakan kata TIDAK yang bernada simpati, hasilkan cerita BETUL dengan nada simpati. InsyaAllah dia akan faham:

” Minta maaf la bang, saya faham susah sekarang nak cari tukang masak untuk program. Saya pun memang berminat sangat-sangat nak tolong, lagipun abang selalu tolong saya kan.. Tapi assigment saya ni perlu untuk disubmit sebelum ahad ni, apa pun belum setle lagi. Lain kali yer bang, … ampun sangat-sangat..”

…………………………………………………………………………………………………

Diolah semula hasil artikel Martin Winkler

………………………………………………………………………………………………….


Bumi UK telah mengajar ku bahawa kita tidak boleh membuat semua orang puas hati

Tidak semua perkara boleh dilakukan serentak

Dan penting untuk melafazkan TIDAK

Jzk

h1

Tarbiyah – Mengapa Penjarakan Erti Dan Praktikal Tarbiyah

December 3, 2008

 

Mengapa Penjarakan Erti Dan Praktikal Tarbiyah

 

Tarbiyah usah dipenjarakan erti dan praktikalnya

Tarbiyah bukan sekadar ke majlis-majlis ilmu, program Qiam, kelas-kelas agama, ceramah, usrah, …

 

Perlu difahami dan dimuhasabah semula akan definisi tarbiyah

Iaitu dengan mengambil kembali dan merujuk intipati Al Quran, Sirah Nabawiyah dan kisah para sahabat

 

Suka untuk ku meng ‘copy paste’ satu artikel yang ditulis oleh seorang sahabat

Artikel beliau mengenai tarbiyah ini wajar untuk kita jadikan muhasabah

 

Selamat membaca ~

 

 

 

 

 

 

 

“Jika kita ingin tingkatkan tamadun umat Islam ia bermula dengan tarbiyah! Rasulullah s.a.w mulakan dengan tarbiyah! Cakap politik, ekonomi hebat! Tetapi ajak ke program tarbiyah, jauh sekali! Dia tak cukup tarbiyah! Bukankah Rasulullah s.a.w megutuskan Mus’ab bin Umayr ke Madinah sebagai naqib pertama untuk jalankan tarbiyah? Usah cakap tentang sebuah kerajaan ataupun dawlah, jika tarbiyah belum sempurna? Tarbiyah perlu bermula dari individu Muslim, setelah baik individu Muslim, barulah difikirkan tentang keluarga Muslim, seterusnya barulah fikir tentang masyarakat, negara ataupun dunia Islam. Nak hasilkan seorang individu Muslim yang cukup sempurna tarbiyah, lihat pada sirah nabi s.a.w. Lihat bagaimana hebatnya ahli-ahli badar yang menjadi penghuni negara Islam Madinah. Lihat di situ terlebih dahulu, jika tidak jangan mudah nak bincang perkara-perkara yang lebih besar. Hadam betul-betul dahulu perkara-perkara asas”…

 

 

Ini antara komen-komen dan juga pandangan-pandangan yang menarik. Chemek katakan menarik, kerana pandangan dan komen ini boleh menarik kepada perbincangan yang serius. Dan jika kena gayanya, banyak kefahaman serta pembaikian yang boleh kita lakukan.

 

Komen serta pandangan tersebut semuanya bertemakan tarbiyah dan ingin menempatkan tarbiyah sebagai satu cara yang boleh merealisasikan kejayaan dan kebangkitan umat Islam. Tak ada salahnya fikiran ini. Ulang sekali lagi. Tidak salah. Kerana ini adalah kenyataan yang umum. Bagaimanapun, komen-komen ini perlu dibedah siasat dan dibincangkan. Yang betul boleh diambil, tetapi jika ia salah sudah tentu tidak boleh diambil. Kalau ambil juga yang salah, maka akan bercampur antara hak dan batil.

Makna Ringkas Tarbiyah

Sebenarnya apakah makna tarbiyah yang difahami baik oleh seorang da’iy dan orang yang diseru? Tarbiyah mudahnya ialah kata terbitan daripada akar kalimah arab yang bermaksud `rabba’. Rabba terdapat berbagai makna antaranya `jaga, didik, menguasai dan membesarkan’ . Salah satu cabang kefahaman tauhid seorang Muslim ialah meyakini Allah bersifat rububiyah iaitu Allah berkuasa menjaga, mentadbir, menguasai seluruh alam. Sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Fatihah. Segala pujian hanya kepada Rabb al-Alamin.

 

 

Secara mudahnya, kalimah tarbiyah ini boleh difahami sebagai penjagaan, penguasaan, pendidikan, ataupun kalimah ini sudah dimelayukan iaitu pentarbiyahan. Apabila disebut tarbiyah selalunya, secara umumnya dikaitkan dengan pentarbiyahan Islamiyah. (Tarbiyah Islam)

Apakah Tarbiyah Hanya Satu Corak?

 

Jika kita membaca al-Quran, mendalami dan mengambil i’tibar dari sirah Nabi Muhammad s.a.w serta para al-Sabiqun, tentu kita akan menyedari bahawa tarbiyah ini suatu yang pelbagai dan berbagai coraknya. Kita ambil beberapa contoh dari kisah para Nabi. Nabi Adam a.s dijelaskan secara terang-terang bahawa objektif Allah menjadikannya sebagai `Khalifatul Ard’ lalu di’tarbiyah’ secara langsung dan tidak langung di dalam syurga dan di dunia. Jika kita dapat senaraikan episod-episod al-Quran mengenai Nabi Adam, sudah tentu banyak mutiara yang boleh kita pelajari.

Contoh Kisah Al-Quran dan Tarbiyah

Contoh tarbiyah dari sumber wahyu yang lain yang chemek gemari ialah kisah Nabi Musa a.s. Kisah Nabi Musa a.s terlalu banyak di dalam al-Quran. Satu episod demi episod. Semuanya penuh cemas, semuanya menduga hati dan perasaan pembaca al-Quran. Semuanya penuh dengan babak yang mengejutkan. Bayangkan tarbiyah Allah sudah bermula sewaktu ibu Nabi Musa menghayutkannya di sungai. Babak tarbiyah Nabi Musa a.s seterusnya bermula di istana yang menjadi pusat pentadbiran kerajaan Firaun. Suasana yang mentarbiyah Nabi Musa bermula dengan seorang raja Mesir bergelar Firaun yang secara tiba-tiba merasa amat berkuasa dan mengaku sebagai Tuhan. Iklim yang menambat kehidupan awal Nabi Musa a.s ialah pembunuhan anak lelaki dan penghidupan buat anak perempuan. Putar-belit dalam masyarakatnya dibayangi oleh sistem hamba. Sesiapa yang berketurunan Qibti, maka dia yang mulia. manakala bangsa lain seperti bani Israel adalah hina dina. Masyarakat terlalu takut untuk bangkit dan bersuara. Takut untuk jelaskan kebenaran. Jika meminta-minta pembelaan, akan menemui penjara ataupun berakhir dengan pembunuhan. Acuan inilah yang menjadikan Nabi Musa a.s sentiasa bertentangan. Manakah yang benar. Manakah yang palsu. Manakah yang betul. manakah yang hanya jelmaan dan sihir. Akhirnya Allah alihkan sebentar ke Madyan. Nabi Musa membawa diri dan menemui seorang Nabi yang sezaman. Hampir sepuluh tahun bersama Nabi Syua’ib menyegarkan kembali akidah, karekter dan kekuatan jasadnya. Baginda menternak (seperti tarbiyah Allah ke atas Nabi Muhammad). Episod seterusnya di sebuah Wadi yang suci di mana baginda diberikan perlantikan sebagai Nabi untuk kembali. Kembali ke tanahair yang telah lama ditinggalkan. Kembali untuk menunaikan janji dan amanah. Hatinya ditarik-tarik dari Madyan ke perlembahan Nil. Pulang untuk apa? Pulang untuk dihukum penjara? Tetapi baginda tahu, setiap saat hidupnya adalah di bawah proses kawalan dan tarbiyah dari Allah. Baginda perlu temui Firaun yang durjana. Baginda perlu kembali sekalipun terpaksa berjalan dengan dua anak jari,

 

Banyak lagi jika boleh chemek perleraikan satu persatu tarbiyah yang dilalui oleh baginda. Bukankah baginda mengadu dan meminta bantuan dari Allah. Lantas dikurniakan jalan bahawa dakwah tidak boleh hanya untuk individu. Secara kolektif Nabi Harun ditugaskan membantu Nabi Musa a.s. Tarbiyah organisasi bermula di sini. Tarbiyah untuk mengasah ketumpulan dan kelemahan berlaku. Tarbiyah untuk mencari keberanian juga berlaku. Ingat pada doa Nabi Musa?

 

Kisah Nabi Musa a.s menunjukkan kepada kita bahawa tarbiyah adalah suatu proses sepanjang hayat. Tentu sahabat-sahabat semua ingat akan tiga peristiwa yang berlaku sewaktu baginda bermufasir bersama seorang hamba Allah yang diberikan ilmu dari sisi-Nya. Boleh rujuk surah al-Kahfi. Ataupun boleh rujuk kisah baginda di sini. Pendek kata, tarbiyah bukan hanya tarbiyah satu penjuru. Tetapi banyak segi. Ada tarbiyah akidah. Ada juga tarbiyah ilmiyah, ruhiyyah, fikriyyah, siyasiyah, dan berbagai-bagai lagi yang akan dijelaskan nanti jika berkesempatan.

OK. Tarbiyah ini Pelbagai, so praktikalnya bagaimana?

 

Setelah kita tahu bahawa tarbiyah ini bukan hanya satu nada dan cabang sahaja, perlu juga kita ambil perhatian kepada siapakah kita dan siapakah mad’u (orang yang kita serukan). Bagi seorang ibu ataupun bapa, maka corak tarbiyahnya perlulah sesuai dengan posisinya sebagai ibubapa. Bagi seorang guru sekolah, maka corak tarbiyahnya mengikut metod-metod yang dipelajarinya. Bagi seorang ketua pejabat, firma ataupun organisasi tentulah cara tarbiyahnya juga berbeza-beza. Begitulah juga seorang doktor, pensyarah, dan ketua kampung ataupun ketua sebuah negeri. Melihat kepada latar belakang ini, sudah menampakkan kepada kita betapa berbezanya cara-cara pentarbiyahan yang perlu dilakukan.

 

Apabila kita memahami bahawa, terdapatnya latabelakang yang berbeza samada diperingkat da’iy ataupun orang-orang yang diseru. Maka sudah tentu cara dan corak mentarbiyah juga berbeza. 

 

Maka amat silap jika kita hanya menjuruskan tarbiyah kepada satu cara contohnya mengajak seseorang hadir ke majlis agama ataupun program agama, seperti kursus, program qiamulayl ataupun program yang `memenjarakan’  skop tarbiyah dan dakwah dalam kamus penjara seorang da’iy yang mempunyai pemikiran yang tidak berubah mengikut suasana semasa dan masyarakat Allah letakkan dirinya di situ untuk berperanan. Ambil satu contoh, seorang yang sudah memiliki akidah yang mantap, tetapi kekurangannya ialah pada perhubungannya dengan jiran ataupun rakan-rakan. Maka, sudah tentu, jika ingin berdakwah kepadanya ataupun mentarbiyah dirinya kita akan melihat apakah aspek-aspek kelemahan yang perlu diperbaiki. Boleh jadi kita katakan, ah! tak mengapa, yang penting kita didik hatinya supaya jadi baik. Jika baik hatinya, maka akan baiklah semuanya. Apa-apapun hatinya”…

Beberapa aspek yang salah

Ramai yang tersilap yakin dan menyakinkan orang lain seolah-olah Islam hanya akan bermula dengan pembentukan individu dan hati semata-mata. `Hanya dengan sempurna seorang individu barulah akan bermula pembentukan sebuah keluarga muslim dan seterusnya’. Ada silap besar di sini. Malah lebih salah lagi apabila diasaskan kepada penterjemahan sumber yang salah.

 

Sedarkah kita, biarpun puncanya di hati, segala-galanya perlu dijelmakan dengan tindakan!. Tindakan terakhir dan tidak popular barulah tindakan hati. (menolak munkar dengan hati petanda selemah-lemah iman) Hampir semua sabda Rasulullah s.a.w mengenai bukti-bukti keimanan dibincangkan oleh baginda dalam bentuk praktikaliti. Sebut saja kebanyakan hadith-hadith tentang keimanan. Sehinggakan Imam al-Baihaqi ringkaskan cabang iman ini terbahagi kepada 77 amalan praktikal. Tentu saudara-saudari ingat juga akan hadith tanda-tanda iman. Hampir ke semuanya mengenai amalan berbentuk praktikal ataupun kita sebutkan tarbiyah berbentuk praktikal. Hatta tanda iman, sekecil-kecil amalan membuang duri kecil di perjalanan.

Apa lagi yang perlu diperhalusi?

Corak pentarbiyahan juga bergantung kepada siapa dan apakah `penyakit’ yang perlu diubati. Bagi seorang pemimpin masyarakat sudah tentu perlu mengetahui latarbelakang masyarakat setempatnya dan mengenalpasti apakah yang perlu di’didik’ dan di’jaga’ dalam sebuah masyarakatnya. Begitulah juga seorang doktor. Apabila pesakit-pesakit yang mempunyai jenis penyakit yang sama tetapi tahap keseriusan yang berbeza-beza. Ada yang masih boleh di’rawat’ dengan mengajarkan cara pemakanan yang baik. Ada yang perlu dirawat dengan memberikan ubat-ubatan sahaja dan ada juga yang serius, maka cara jagaan yang lebih baik ialah melalui pembedahan ataupun dibuang penyakit-penyakit supaya tidak lagi berulang ataupun berkurangan.

 

Tarbiyah juga berbagai-bagai corak. Ada tarbiyah thaqafiyah ataupun ilmiyyah iaitu tarbiyah melalui memberikan fahaman ilmu. Ada juga tarbiyah jasadiyah yakni memberikan tarbiyah aspek-aspek tubuh badan, ada juga tarbiyah iqtishadiyah ataupun maliyah (tarbiyah ekonomi) iaitu pentarbiyahan melalui penyerahan amanah harta untuk diuruskan. Ada juga tarbiyah askariyah iaitu pentarbiyahan seperti ketenteraan. Ada juga tarbiyah siyasiyah iaitu pentarbiyahan melalui pengurusan organisasi ataupun negara yang dibaca secara sempit (bidang politik). Pendek kata tidak ada hanya satu corak pentarbiyahan.

 

Tarbiyah berlaku hatta membantu memasak untuk orang yang lapar. Menumpangkan kenderaan bagi yang tak berkereta. Memakaikan baju kepada anak ataupun menunaikan hak kepada orang yang terdekat baik keluarga, jiran dan sahabat-sahabat. Tarbiyah juga berlaku sewaktu berkawan, berinteraksi dengan jiran, menunaikan hak seorang anak ataupun hak terhadap pelajaran. Tarbiyah juga berlaku apabila kita menolak permintaan yang tidak perlu dan memberikan prioriti pada yang perlu. Tarbiyah juga berlaku ketika susah ataupun senang. Ketika gembira ataupun bersedih. Ketika diuji dengan berbagai-bagai keadaan dan ragam manusia hatta rakan serumah, pasang sehidup ataupun kaum kerabat.

Tarbiyah berterusan ke atas Rasulullah s.a.w sebelum dan sesudah dilantik

Rasulullah s.a.w sebelum dan sesudah menjadi seorang Rasul telah ditarbiyah secara langsung oleh Allah s.w.t melalui peristiwa yang berlaku dalam hidupnya dan masyarakat sekeliling. Baginda tidak pernah mendapat tarbiyah dengan menghadirkan diri ke majlis-majlis ilmu rahib dan ahli kitab. Seperti yang didakwakan oleh golongan orientalis. Tarbiyah praktikal dari Allah kepada baginda dapat dilihat apabila baginda menerima nasib hidupnya dengan kematian demi kematian. Kematian ibubapa, kematian datuk yang menjaganya dan kemudiannya dibesarkan oleh Abu Talib. Baginda dihantar ke perkampungan bani Saadiyah untuk ditarbiyah jasad dan bahasa arab. Kemudian dibesarkan oleh Abu Talib. Tetapi baginda bekerja memelihara kambing sebagai tarbiyah harta dari Allah. Persekitaran dan pentarbiyahan dari Allah itu menjadikan baginda bersedia untuk memikul cabaran yang lebih besar di alam perniagaan. Sewaktu mengendalikan perniagaan bangsawan Siti Khadijah, sekali lagi pentarbiyahan dari Allah yang praktikal berlangsung kepada baginda. Begitulah seterusnya apa yang berlaku sepanjang hayat baginda. Setiap peristiwa, setiap turunnya ayat al-Quran, semuanya mengandungi corak-corak tarbiyah dari Allah hatta ayat-ayat mengenai kritikan terhadap baginda sendiri ataupun kritikan terhadap isteri baginda. Jika dalam semua aspek dalam kehidupan Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada kita banyak perkara maka mengapa kita memandang aspek tarbiyah sebagai suatu yang sempit?

Tarbiyah berterusan ke atas Para Sahabat r.a

Begitulah juga para sahabat Rasulullah s.a.w. Siapa berani mengatakan bahawa mereka ada tempoh tarbiyah bertahap-tahap? Siapa berani mendakwa ashabul badr sudah tidak melalui proses tarbiyah dari Allah sesudah membuktikan sumbangan mereka dalam pertempuran di medan Badar? Masih ingat kisah Kaab bin Malik a.s dan 2 sahabatnya yang dipulaukan setelah Rasulullah s.a.w pulang dari perang Tabuk? Bukankah mereka ashabul Badr? Siapa yang berani pertikaikan peristiwa hunusan pedang Umar al-Khattab tatkala mengetahui kewafatan baginda? Siapa lupa kisah fitnah yang melanda aishah sehingga ada yang terpedaya? Apabila kita mengambil iktibar satu persatu dan memahami setiap sejarah yang berlaku ini, nescaya kita akan dapati bahawa Allah membuka peluang-peluang tarbiyah dari peristiwa yang berlaku dan bentuk-bentuk tarbiyah tersebut tidak terhad. Ia akan libatkan individu, keluarga, masyarakat serta komuniti yang lebih besar, malah ummah seluruhnya.

Wujudkah idea `Mencapai Tahap Tarbiyah yang Sempurna?

Satu lagi tabiat ataupun pemikiran yang silap ialah apabila da’iy mula memikirkan mengenai dakwah ataupun tarbiyah yang sempurna. Sesungguhnya kesempurnaan itu hanya milik Allah semata-mata. Maka jika selain-Nya, tiada yang sempurna apatah lagi hasil kerja dan pemikiran manusia.

 

Perlu kita sedari dan fahami bahawa selagi manusia hatta seorang Nabi sekalipun, selagi hayatnya dikandung badan, kehidupannya akan berdepan dengan ujian. Ujian tersebut bukanlah untuk menjadikan seseorang itu seorang yang sempurna tetapi Allah menjadikan ujian tersebut untuk menilai kebaikan dan kelemahan yang dibuatnya. Proses ujian ini dipanggil sebagai ujian dan tarbiyah sepanjang hayat. Jika kita telusuri kehidupan para anbia’ dan juga para sahabat r.a kita akan dapati tiada suatu waktupun dalam hidup mereka satu keadaan yang dipanggil sebagai keadaan yang telah sempurna ataupun berjaya.

Apa yang Kita Perlu sedari – dan perbaiki?

Adalah silap juga jika kita membaca sejarah secara tidak lengkap. Kemudian kita berlari kepada suatu konklusi bahawa era madinah bermula apabila Rasulullah s.a.w berjaya membentuk individu-individu muslim ketika itu. Maka usah bercakap soal mendirikan sebuah masyarakat ataupun negara Islam sekiranya belum terlaksana lagi tarbiyah kepada individu-individu.  Ada lagi yang berikan contoh seterusnya dengan menyatakan bahawa pengutusan Mus’ab bin Umayr ke Madinah untuk menyempurnakan misi-misi tarbiyah sebelum sebuah negara Islam Madinah ditubuhkan.

 

Oleh itu, ditambah lagi dengan hujah, bahawa pembinaan sesebuah masyarakat ataupun dawlah perlu bermula satu persatu sehinggalah berhasil melahirkan individu, kemudian lahirlah sebuah keluarga. dari sebuah keluarga akan lahirlah sebuah masyarakat dan dari sebuah masyarakat Islam ini barulah akan lahir sebuah negara dan alam Islam.

 

Sewaktu Rasulullah s.a.w berada di Makkah, baginda membuat pertemuan dengan delegasi-delegasi yang datang ke Makkah pada musim haji. Pertemuan ini merupakan satu cara dakwah baginda yang dipanggil siyasah. Siyasah adalah satu cabang daripada tarbiyah Islamiyah. Ada pertemuan yang berjaya dan ada pertemuan yang tidak berjaya. Antara pertemuan yang berjaya adalah seperti pertemuan dengan kaum aus dan khazraj dari Yathrib yang sewaktu itu sedang berhadapan dengan konflik politik sesama mereka dan juga ancaman dari penguasaan kaum Yahudi. Antara pertemuan dakwah dan siyasah yang tidak berjaya dilakukan oleh Rasulullah adalah seperti pertemuan baginda di Taif dan pertemuan dengan kaum Quraisy sendiri.

 

Hasil dari pertemuan di Aqabah telah menghasilkan suatu penjanjian yang dinamakan Bai’ah Aqabah. Sebagai lanjutan daripada pertemuan tersebut, Rasulullah mengutus Mus’ab bin Umayr serta Abdullah Ibn Ummi Maktum ke Yathrib untuk mengajar penduduk yang Islam tentang al-Quran. Di samping itu dilantik lagi beberapa pembimbing di kalangan mereka sendiri. Tugas mereka ini termasuk mengajar Islam dan mengajak penduduk Madinah memeluk Islam.

 

Apabila Rasulullah s.a.w tiba di Yatrib, penduduk Yathrib terdiri dari orang-orang Islam dan juga bukan Islam. (Bukan Islam semuanya) Malah ada yang masih menganut agama animisme, beragama yahudi dan juga Kristian. Kepelbagaian latarbelakang penduduk ini dilihat oleh baginda sebagai kekuatan dan mereka mempunyai perlembagaan sendiri yang mengatur sistem sebuah negara. Rasulullah dilantik sebagai pemimpin mereka dan sekaligus menjadi pemimpin kepada orang-orang bukan Islam. Adalah salah jika dikatakan bahawa seluruh masyarakat Islam madinah telah Islam dan setelah itu Rasulullah mendirikan sebuah kerajaan Islam Madinah. Adakah Rasulullah menunggu semua penduduknya menjadi individu Muslim terlebih dahulu semuanya kemudian barulah baginda berhijrah dan menubuhkan kota Islam Madinah?

 

Apakah baginda menunggu seluruh masyarakat di Madinah menerima Islam, kemudian barulah diperkenalkan piagam Madinah dan menubuhkan pentadbiran Islam Madinah?

Marilah  Meihat Kontek Tarbiyah yang Luas

Seterusnya, kita sewajarnya melihat aspek-aspek pentarbiyahan Rasulullah s.a.w yang luas. Baginda mendidik para sahabat samada di masjid ataupun di luar masjid. baginda juga mentarbiyah mereka melalui gaya hidup baik hubungan kekeluargaan, hubungan inter-kaum, hubungan politik antara negara, ketenteraan dan peperangan ataupun sewaktu berada di atas kenderaan dalam ekspedisi-ekspedisi dan musafir.

 

Pentarbiyahan baginda juga berlangsung sewaktu perang. Ambil contoh peristiwa perang Badar. Bukan sahaja tentera Islam ditarbiyah sewaktu berlangsungnya peperangan bahkan baginda sendiri ditarbiyah dengan strategi peperangan seperti yang diajarkan oleh seorang sahabat bagaimana untuk menutup punca air yang boleh membuatkan tentera Quraisy menjadi lemah. Para sahabat juga belajar secara praktikal bagaimana mengatur strategi perang apabila tertangkapnya dua juru masak tentera Quraisy sebelum dilepaskan kemudiannya.

 

Kerap juga kita dihujani dengan hujah mengenai kepahlawan tentera badar yang menjadi contoh individu muslim ketika itu. Tetapi kita juga terlupa, bahawa tarbiyah Allah kepada mereka ini juga berterusan dalam peristiwa setahun kemudiannya di perbukitan Uhud. Apakah sahabat yang meninggalkan arahan Rasulullah itu tidak cukup tarbiyah? Atau Allah ingin memberikan `pengajaran’ yang lebih besar kepada mereka? Apakah kekuatan yang mereka tiada di kala, bilangan tentera Islam ketika itu juga ramai? bagaimanakah jika Allah putarkan sejarah dengan menjadikan peperangan Uhud suatu kejayaan?

 

Menurut asas-asas tarbiyah Islami yang digariskan oleh Syed Qutb, beliau sememangnya memulakan dengan pembentukan individu Muslim, diikuti dengan pembentukan keluarga Muslim, masyarakat muslim, negara Muslim dan alam Islamiyah. Bagaimanapun amat silap andainya memahami peringkat-peringkat ini harus diselesaikan satu persatu. Peringkat-peringkat ini perlu difahami dengan perlaksanaan tarbiyah di setiap peringkat yang bermula dari level `taarif’ (pengenalan) , `takwin’ (pembentukan) dan `tanfidh’ (perlaksanaan) .

 

Setiap peringkat tidak perlu menunggu satu-satu peringkat sempurna dilakukan. Bahkan setiap peringkat baik pembentukan individu, keluarga, masyarakat, negara dan alam Islam boleh dilakukan secara serentak melalui dengan mengambil kira `level’ taarif, takwin dan tanfidh bagi setiap peringkat tersebut. Adalah mustahil satu persatu peringkat perlu diselesaikan dan disempurnakan terlebih dahulu.

 

Untuk memahami lagi kenyataan di atas, mari fikirkan contoh berikut – Peringkat mana yang perlu diselesaikan dahulu? Apakah perlu selesai setiap satu peringkatnya kemudian boleh dilaksanakan?

(a) Mari ambil contoh peraturan dan hukum-hakam  pewarisan harta pusaka menurut Islam. Apakah semua orang sudah memahaminya?

 

Jika kita ingin tunggu semua orang tahu (taarif) dan faham (takwin), kemudian baru nak dilaksanakan (tanfidh). Maka sehingga akhirnya tidak akan dapat dilaksanakan. [Selagi individu Islam dalam satu keluarga ataupun masyarakat Islam tidak mengetahui dan memahaminya, maka selagi itu tidak boleh dilaksanakan. ]

 

b) Begitu juga soal halal-haram perniagaan yang bercampur riba. Selagi  individu muslim tidak memahami mengenai ekonomi Islam maka sistem ekonomi Islam tidak boleh dilaksanakan.

 

c) Ataupun contoh lain yang mungkin releven, selagi individu muslim tidak memahami asas-asas pembinaan sebuah keluarga Islam, maka perkahwinan yang berlandaskan syariat tidak boleh dilaksanakan (di-tanfidh- kan). Justeru boleh menggunakan corak tarbiyah perkahwinan cara lain samada bersumber dari asas agama ataupun budaya lain.

 

Inilah beberapa contoh peringkat-peringkat yang ingin ditunggu supaya diselesaikan. Dengan alasan, jika tidak selesai masalah di peringkat individu ini, maka usah bercakap soal ekonomi, politik, sebuah masyarakat Islam.

 

 

Apakah kita setuju dengan pegangan kepada peringkat dakwah dan tarbiyah seperti ini? dan apakah benar dakwah dan tarbiyah seumpama ini benar-benar berlandaskan kefahaman terhadap al-Quran dan sunnah? Apakah begini sebenarnya panduan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w?

 

 

Apakah benar ini cara dan idea sejati dari Hasan al-Banna dan menurut kehendak beliau? Atau kita yang secara tiba-tiba menjadi bijak menghurai-huraikan mengikut acuan dan selera sendiri?

 

Sekian dahulu. InshaAllah jika ada kesempatan akan dipanjangkan lagi.

 

 

 

h1

Trip Mesir – Easter 2009 (Updated)

December 1, 2008

//www.powerplaces.com/images/photo/egypt_SphinxGreatPyramid2.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Assalamualaikum wbt

Pernahkah terlintas di fikiran sahabat untuk berjaulah ke bumi Mesir

Bumi seribu anbiya..cewah (mana datang angka 1000 ribu itu? )

Setelah diperhalusi tarikh-tarikh akademik dan program-program lain di UK

Tarikh trip ke Mesir Easter 2009 telah sekali lagi dipinda

Iaitu pindaan kali ketiga,


Dengan ini diumumkan bahawa tarikh yang baru adalah :

4 April 2009 -12 April 2009


Tentatif Trip Mesir Easter 2009

sphinx-luxor-egypt


PAKEJ 9 HARI 8 MALAM

HARI PERTAMA

Pihak kami menjemput anda di Airport, Check in Villa or Hotel, Lunch yang telah disediakan

Half day tour, disediakan makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Masjid Imam Syafiie dan Makam Imam Syafie-Pengasas Mazhab As-syafie
  • Masjid Sayyidah dan Makam Zaenab Keturunan Rasulullah Saw
  • Citadel Shalahuddin / Kubu Salahuddin Al-Ayubi
  • Khan Khalili Bazar pusat membeli belah.

Kembali ke Villa or hotel, Dinner yang telah disediakan.


HARI KE DUA

Sarapan Pagi yang telah disediakan,

Full day tour, disediakan Makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Pyramid dan Sphinx diantara 7 perkara ajaib di Dunia
  • Masjid Sultan Hassan Pengajian 4 Mazhab
  • Masjid Al-Azhar Tertua di Dunia dan Masjid Saidina Hussain
  • Museum Nasional Peninggalan Sejarah Firaun dan Kuno Mesir

Kembali ke Villa or Hotel dan Dinner yang telah disediakan.


HARI KE TIGA

Sarapan Pagi Menuju Ke Alexander,

Full day tour, disediakan Makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Kubu Qaitbey Pertahanan laut di Iskandariah
  • Pustakaan Iskandariah Terbesar di Afrika
  • Makam Abu Abbas Al-Mursi dan 12 Penulis Hadis
  • Taman Mumtazah panorama
  • Makam Nabi Danial dan Lokman Al-Hakim yang diceritakan didalam Al-Quran dalam surah Al-Lukman
  • Sejarah Kota Sejarah

Kembali ke Kaherah menuju ke Villa or Hotel dan Dinner yang disediakan.


HARI KE EMPAT

Sarapan Pagi, Bertolak ke Fayyum.

Full day tour, disediakan Makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Tasik Qarun yang dikisahkan di dalam Al-Quran
  • Istana Qarun tempat pentadbiran kerajaan
  • Kincir Air Nabi Yusuf
  • Air terjun ditengah-tengah padang pasir Syarlalat dan menaiki sampan menikmati keindahan muara.
  • Kebun Mangga dan Mataair
  • Menikmati Gurun Padang Pasir
  • Membeli belah di khan khalili.

Kembali ke Villa or Hotel dan Dinner yang telah di Sediakan, Check Out Villa or Hotel .Bertolak ke Dahab.

HARI KE LIMA

Check In Villa or Hotel, Sarapan Pagi disediakan.

Half day tour, disediakan Makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah:

  • Melihat keindahan Laut Merah dan menikmati terumbu karang bagi yang Snockling.
  • Hamdi Tunnel / Terusan Suez
  • Aktiviti Bebas di Red Sea
  • Melihat keindahan laut mati persepadanan Israil
  • Mandi di laut dan Membeli belay di Dahab.

Dinner Sea food dan Berehat disamping membuat Persiapan untuk membuat pendakian ke Jabal Tursina.

HARI KE ENAM

Check out Villa or Hotel, Sarapan pagi terus ke Sinai

Full day tour, disediakan Lunch diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Menaiki kapal ke Qal’ah Salahuddin Al-Ayubi
  • Menaikki Qubu Salahuddin Al-Ayubi di tengah-tengah laut.
  • Kubu pertahanan Israil semasa Peperangan 1971
  • 12 mata air yang di Kisahkan didalam Al-Quran
  • Melihat makam Nabi Harun dan Salleh
  • Penyembahan Lembu Samiri dikisahkan di dalam Al-Quran.

Check In Villa or Hotel / Camp Fox di kaki Gunung Tursina. Dinner, dan membuat persiapan menuju untuk mendaki bukit tursina.Berehat.

HARI KE TUJUH

Bertolak Untuk mendaki Gunung Sinai jam 1.30am

  • Mula pendakian dan merasai kedinginan malam di puncak Gunung.
  • Menikmati keindahan Terbitnya matahari.
  • Melihat Bukit tursina yang diceritakan didalam Al-Quran
  • Tempat khalwat Nabi Musa
  • Perkampungan Nabi Yaakub.
  • Saint Cathering Gereja yang terbesar di Afrika yang dulunya adalah Masjid.
  • Melihat telaga Nabi Musa didalam Gereja
  • Melihat pokok 1000 tahun.

Pulang ke Camp Fox, Lunch dan Check Out untuk meneruskan perjalanan Pulang ke Kaherah. Didalam Perjalanan antara tempat yang dilalui adalah.

  • Guran Sahara
  • Banjaran Teh yang di kisahkan didalam Al-Quran umat Nabi Musa disesatkan.
  • Hamam Firaun,

Pulang ke Kaherah, Check In Villa or Hotel, Lunch, Membuat dan Berehat.

HARI KE LAPAN.

Sarapan Pagi, Bertolak ke Shibin qanathir

Full day tour, disediakan Makanan diantara tempat menarik yang bakal dilawati ialah :

  • Menyusuli Sungai Nil menaikki Kapal
  • Aktiviti di menunggang Kuda, Menaikki Motor kecil
  • Menikmati Hutan Simpan di Mesir

Pulang menuju ke Suk Khan khalili dan Atabah. Pulang ke Villa or Hotel dan Dinner.

HARI KE SEMBILAN.

Sarapan Pagi,Check out Villa or Hotel,

  • Menuju Makam Anwar Sadat Presiden Mesir yang mati di Tembak
  • Membuat persiapan pulang
  • Lunch dan terus menuju Airport

Kos bagi pakej ini adalah sebanyak 225 pound sterling (tidak termasuk flight ke Mesir)

Yakni meliputi penginapan di Villa/Hotel, makanan, pengangkutan, perkhidmatan juru pandu pelancong , serta pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan …. ~


Di bumi mesir telah terjadi peristiwa-peristiwa yang sarat dicatatkan didalam Al Quran

Sungai Nil menjadi saksi jatuh bangun tamadun

Bangsa yang tidak mahu lagi membawa Islam akan hilang ketamadunan

Itulah kitaran alam yang silih berganti namun tidak diambil peduli manusia

Disini di copy paste keratan akhbar Berita Harian mengenai catatan seorang sahabat di bumi Mesir

Harap dapat menambah info untuk sahabat yang mahu ke sana~

Piramid, firaun ‘eksport’ terkenal Mesir

Oleh Rafidah Mat Ruzki
fidahruzki@bharian.com.my

Piramid di Giza kira-kira 25 kilometer dari Kaherah antara tarikan paling popular

SEBUT saja Mesir, ramai yang terbayang atau teringatkan Piramid, Firaun dan Universiti Al-Azhar.

Piramid dan Firaun sejak sekian lama menjadi kebanggaan dan ‘eksport’ terkenal Mesir manakala Universiti Al-Azhar pula adalah institusi pengajian tinggi terulung yang banyak melahirkan ulama terkenal dunia.

Sejarah ketamadunan kuno yang lahir di Lembangan Sungai Nil di Kaherah itu menjadikan Mesir destinasi pelancongan yang menjadi tarikan sejak sekian lama.

Piramid di Giza adalah antara tarikan paling popular, hanya kira-kira 25 kilometer dari bandar raya Kaherah yang dianggarkan didiami 22 juta penduduk.

Giza menempatkan dua bahagian monumen dengan kumpulan pertama dikenali dengan tiga piramid utama iaitu Khufu, Khephren dan Menkaure serta Sphinx, patung singa berkepala manusia yang terletak berhampiran tiga piramid besar di situ.

Kumpulan kedua ialah tanah perkuburan untuk rakyat zaman Mesir kuno daripada pelbagai keturunan yang diperbuat daripada batu batan sedia ada di kawasan itu, berbanding batu kapur yang dibawa dari kawasan lembangan sungai dan digunakan untuk membina piramid untuk raja mereka.

Pengunjung bukan saja boleh memilih untuk menempuh panas terik matahari dan melawat semua piramid di Giza pada waktu siang, malah mereka juga boleh menonton pertunjukan cahaya dan bunyi yang diadakan saban malam di kompleks piramid itu.

Bagaimanapun, untuk mengetahui sejarah tamadun kuno dan pemerintahan bermula daripada pemerintahan firaun pertama dari 3050 sebelum Masihi hingga ke pemerintahan dinasti ke-30, 343 tahun sebelum Masihi iaitu sebelum Mesir jatuh ke tangan pemerintahan Parsi, pelancong perlu melawat Muzium Mesir yang terletak di Dataran Tahrir, Kaherah, yang menempatkan artifak pemerintahan Mesir kuno termasuk makam firaun Tutankhamun, satu-satunya makam firaun paling lengkap yang berjaya diselamatkan daripada pencari harta karun.

Pengunjung hanya perlu membayar LE20 atau RM12.50 untuk tiket masuk melihat pameran di situ, selain membayar LE40 (RM18.75) jika mahu melihat mumia firaun yang ditempatkan di muzium itu.

Bagi memahami sejarah Mesir kuno dan pemerintahan firaun, pengunjung boleh mendapatkan khidmat pemandu pelancong bertauliah di luar muzium yang akan menerangkan mengenai sejarah Mesir kuno kepada pengunjung.

Bagaimanapun, jika pengunjung mahu mendapatkan penerangan yang lebih baik serta tanpa kesukaran memahami penerangan pemandu pelancong di muzium berikutan loghat bahasa Inggeris yang agak sukar difahami, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan sama melalui ejen pelancongan.

Selain menempatkan makam dan keranda yang dibina sebelum satu-satu firaun mangkat, muzium itu juga menempatkan pelbagai jenis patung pemerintah Mesir zaman silam yang diukir dengan teliti dan masih dalam keadaan asal.

Ia juga menempatkan perkakasan, perhiasan diri dan peralatan yang diguna pakai masyarakat Mesir kuno. Secara keseluruhan, Mesir, sebagai sebuah negara Afrika, menjadi tumpuan negara sekitarnya.

Walaupun iklim padang pasir mungkin sedikit panas berbanding iklim Khatulistiwa dan Tropika, kedudukan Kaherah di tebing Sungai Nil menyebabkan cuaca panas seperti tidak terasa.

Seperti bandar raya lain, kehidupan malam di Mesir juga menyeronokkan. Pengunjung boleh menikmati tarian gelek di restoran seperti di hotel penginapan atau mana-mana restoran terkenal atau berjalan menyusuri kota lama dan melihat kehidupan dan kebudayaan penduduknya.

Kedudukannya di tebing Sungai Nil juga dimanfaatkan dengan restoran seperti bistro yang menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pengunjung asing ke negara firaun itu.

Kebanyakan rakyat Mesir berbangga dengan tradisi dan kesenian nenek moyangnya dan tidak hairanlah kraftangan menjadi eksport utama negara itu.

Antara tempat yang boleh dikunjungi termasuk Rumah Harawi (Mansion Harawi) yang menawarkan pengalaman menarik termasuk melihat sendiri seni bina zaman dulu rumah orang berada di Mesir, lengkap dengan harem atau bilik yang terlindung untuk membolehkan kaum

wanita menonton persembahan atau sebarang acara yang diadakan di laman di perkarangan rumah, tanpa dilihat lelaki bukan muhrimnya.

Di rumah itu juga seni muzik Mesir diperdengarkan, ukiran lama dipulihara dan kraftangan Mesir dihasilkan, untuk mengekalkan kesenian masyarakat itu.

Pengunjung yang gemar membeli-belah pula, boleh mengunjungi bazar El Fishawy yang terletak kira-kira satu kilometer dari Rumah Harawi.

Bazar yang terkenal dengan pelbagai kraftangan, makanan, pakaian, perhiasan diri dan permaidani serta pelbagai perkakasan lain itu dibuka sepanjang hari dan menjadi tumpuan bukan saja pelancong asing, malah penduduk tempatan membeli-belah.

Peniaga yang ramah, terus memanggil sebaik melihat wajah penulis yang dikenali berasal dari Malaysia, cuba menjual pelbagai barangan pada harga yang perlu ditawar jika tidak mahu tertipu.

Di tengah-tengah selirat laluan dan jualan itu terdapat beberapa kedai kopi dan restoran termasuk Kedai Kopi Nagiub Mahfouz, penerima Hadiah Nobel untuk kesusasteraan untuk 1988 yang berasal dari Mesir.

Negara yang terkenal juga dengan produk pertaniannya itu kaya dengan pelbagai jenis buah-buahan yang selalunya kita peroleh dalam bentuk kering seperti kurma, buah fig dan pic, selain buah mangga yang dihidangkan sebagai jus mangga yang pekat, manis dan menyegarkan.

Berikutan kedudukan Mesir di antara Afrika, Eropah dan Timur tengah, makanannya mempunyai pengaruh Meditterranean, Timur Tengah dan Afrika dengan daging menjadi hidangan utama.

Taman Azhar yang terletak di tengah-tengah bandar raya lama Kaherah menjadi tarikan pelancong dengan taman yang membolehkan pengunjung mengimbas semula taman pada zaman pemerintahan Mesir kuno. Di taman ini juga terdapat Tembok Ayyubid yang dibina pemerintah Mesir, Salah El Din atau Saladdin, lebih 800 tahun lalu.

INFO: Mesir

  • Terletak di Utara Benua Afrika dan bersempadan dengan Laut Meditterranean, antara Libya dan Tebing Gaza dan Laut Merah di utara Sudan.
  • Berkeluasan 1,001,450 km persegi membabitkan kawasan daratan seluas 995,450 km persegi dan kawasan lembangan sungai dan perairan seluas 6,000 km persegi.
  • Beriklim padang pasir yang kering sepanjang musim panas.
  • Mineral dan sumber asli termasuk petroleum, gas asli dan bijih besi.
  • Agama utama ialah Islam dan sebahagian kecil rakyatnya adalah penganut agama Kristian Koptik (Coptic).
  • Mencapai kemerdekaan daripada Britain pada 28 Februari 1922 tetapi mengalami revolusi pada 23 Julai 1952.
  • Populasi mencecah 80 juta penduduk dan kira-kira 22 juta penduduk bertumpu di Kaherah.
  • Menggunakan mata wang Egyptian Pound (LE) yang ketika ini mempunyai nilai lebih rendah berbanding Ringgit Malaysia.
  • Selain bahasa Arab, kebanyakan penduduk tahu berbahasa Inggeris dan Perancis.
  • Makanan tidak menjadi masalah kerana kebanyakan makanan adalah halal.
h1

Usrah – Relevankah?

December 1, 2008

Usrah – Relevankah?

 

Mula mengenal istilah USRAH ketika di awal bangku sekolah menengah

Sejak di sekolah menengah aliran agama hinggalah ke sekolah menengah aliran sains, tiada banyak bezanya

Usrah ketika itu adalah circle dimana kami akan menyanyi2, tepuk2 tangan, main2, ….just main2 sehingga tiba waktu solat Isha’

Naqib usrah kami adalah ketua dorm/ pelajar senior yang kelihatan ada ketrampilan

 

Ketika di Kolej Mara Banting

Usrah ketika di tahun pertama berlainan sedikit

Kewujudan buku silibus usrah membuatkan ku sedikit berminat dengan usrah

Walaupun naqib kelihatan bertindak hanya membaca apa yang ada didalam silibus

Itu tidak merencatkan minat untuk terus menghadiri usrah

Kerna ilmu ketika itu cetek sangat dan mendengar Abang Naqib membaca buku pun sudah dikira sangat menarik

Mungkin keikhlasannya itu yang memaut hati..

 

Ketika di tahun kedua KMB

Ku dilantik menjadi naqib usrah

Zaman itu usrah di KMB ditekan dan kelihatan seakan mahu dihapus

Atas inisiatif kawan2, usrah itu ditukar nama kepada SMART GROUP

Naqib ditukar menjadi Guide Brother

Walau istilah bertukar, elemen yang sama masih tetap diteruskan

Cumanya, sistem silibus usrah dimansuhkan

Saban minggu para naqib akan diberi taklimat mengenai apa yang perlu disampai kepada anak-anak usrah

Dan terpulang kepada naqib untuk membubuh perasa tambahan sekiranya difikir perlu

 

Ilmu yang cetek ditambah akhlak yang kurang baik

Membuatkan anak-anak usrah kelihatan semakin menjauhi usrah yang ku bawa

Dan perkara yang sama turut berlaku kepada hampir semua kumpulan2 usrah yang lain

Hinggakan sampai satu tahap bagaikan usrah itu hanya berjalan sesama naqib

 

Disitulah kelihatan perlunya wujud satu silibus khusus untuk usrah

Bilamana tiada satu silibus yang kelihatan, maka dengan naqib-naqib sekali akan ‘lost’ daripada agenda pentarbiyahan yang direncana.

 

 

Di Sheffield, Universiti Of Sheffield

Di tahun pertama ada dua kumpulan usrah yang begitu aktif ku sertai

Satu adalah daripada anjuran SMSA , badan rasmi pelajar Malaysia di Universiti Sheffield

Kedua datang daripada MSM, Majlis Syura Muslimun

Iaitu badan gerakan Islam yang menyambung perjuangan IRC di bumi UK

 

Ada juga usrah yang dianjur badan lain seperti usrah ABIM, MAB, aha..dan lain-lain.

Matlamatnya berlegar diantara pertarbiyahan individu muslim dan survival badan yang menganjurkan usrah terbabit

 

Di tahun kedua pengajian

Ku memutuskan untuk komited dengan usrah anjuran SMSA

SMSA- Sheffield Malaysian Student Association

 

Melalui wadah SMSA

Semua badan Islam septutnya boleh duduk bekerjasama

Iaitu menjadikan elemen pentarbiyahan individu muslim sebagai elemen penyatuan diantara semua badan Islam

 

Di saat ini , di tahun ketiga pengajian

Ku diamanahkan menjawat jawatan naqib usrah

Yang mana lebih tepat jika dikatakan sebagai pembantu naqib

Kerna ada Abang Safwan yang turut sama mengendalikan kumpulan usrah yang dipertanggungjawabkan

 

Hingga kini, ku memikirkan yang tidak layak untuk ku memikul tanggujawab menjadi seorang naqib

Apakah ciri yang ada bagi menjadikan diri layak menjadi naqib? :

  1. Mempunyai kefahaman yang baik dalam agama Islam
  2. Iman yang mendalam
  3. Bersifat amanah
  4. Keikhlasan yang tinggi
  5. Beramal dengan ilmu
  6. Syakhsiah yang terpuji
  7. Pergaulan yang baik

 

Daripada 7 ciri itu, tiada satu ciri wujud pada diri ku

Sekaligus menjadikan ku tidak layak menjawat jawatan sebagai naqib

 

Namun , tetap digalas jawatan itu dengan niat mahu belajar dan berusaha memperbaiki diri – disamping mahu membantu rakan-rakan yang bertungkus lumus siang malam bagi menegakkan agama Allah di muka bumi.

 

Sebelum membahaskan samada usrah itu relevan atau tidak

Perlu difahami apakah objektif usrah itu yang sebenarnya

Lain organisasi boleh jadi lain matlamat usrahnya

 

Untuk SMSA, pertemuan Usrah yang pertama akan memberikan pendedahan kepada anak-anak usrah akan apakah usrah yang ingin kami bawa

Disini ku sertakan salinan copy-paste bahagian yang bekaitan bagi pertemuan usrah sesi pertama :

 

Silibus Usrah SMSA – Pengenalan Usrah

 

1.0 PERTEMUAN SATU

 

 

1.1 PENGENALAN USRAH

 

OBJEKTIF

1.      Ahli usrah memahami pengertian dan konsep usrah sebenar

2.      Ahli usrah memahami keperluan mengikuti usrah dan matlamatnya

3.      Ahli usrah memahami dan menghayati rukun rukun usrah dan menyedari bahawa ia adalah antara keistimewaan yang didapati daripada pebabitan diri dalam usrah.

 

 

1.11 PENGERTIAN USRAH

 

Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Dari segi istilah, usrah bermaksud kumpulan individu muslim (afradul muslimin) yang beriman dengan Allah S.W.T. berusaha tolong menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Isam. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islam dan terjalin dengan suatu ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah). Usrah juga merupakan medan tarbiyyah dalam usaha membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati memperjuangkan Islam.

 

 

1.12 MATLAMAT USRAH

 

1.      Meningkatkan dan memantapkan kefahaman ahli usrah tentang ajaran Islam yang syumul

2.      Mengukuhkan semangat ukhuwwah Islamiyyah dan memupuk semangat bertindak secara berjemaah

3.      Menambahkan penghayatan Islam dan melahirkan rasa tanggungjawab terhadap Islam

4.      Membentuk satu generasi yang benar-benar memahami Islam, beramal dengan ajaran Islam dan bersedia untuk memperjuangkan Agama Allah S.W.T.

 

 

1.13 SEJARAH USRAH

 

Sejarah usrah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w. apabila pemeluk Islam meningkat kepada 30 lelaki dan wanita. Rasulullah s.a.w. telah memilih sebuah rumah yang terpencil iaitu rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sebagai tempat menyampaikan segala ajaran-ajaran Islam, tunjuk ajar dan nasihat. Seruan ini telah berjaya menarik hampir 40 orang lagi memeluk Islam. Kebanyakan mereka adalah golongan fakir miskin dan hamba yang tidak ada tempat dalam masyarakat Quraisy.

 

 

1.14 RUKUN-RUKUN USRAH

 

Rukun usrah terdiri daripada 3 perkara yang perlu diberi perhatian oleh semua ahli usrah dan bersungguh-sungguh menjayakannya agar ikatan usrah tersebut tidak semata-mata menjadi beban yang tidak membawa sebarang erti. Tiga rukun tersebut ialah:

 

1.      Al- Ta’aruf (berkenalan)

2.      Al- Tafahum (bersefahaman)

3.      Al-Takaful (bantu-membantu/berseimbangan)

 

1.141 Al-Ta’aruf (Berkenalan)

 

Berkenalan antara satu sama lain merupakan rukun pertama usrah. Setiap ahli hendaklah mengenali antara satu sama lain serta berkasih sayang kerana Allah. Mereka perlu menyedari dan memahami pengertian ukhuwwah sejati sesama saudara. Ahli juga digalakkan berusaha bersungguh-sungguh supaya tiada sebarang perkara yang boleh mengeruhkan hubungan tersebut. Ini boleh dilakukan dengan menjunjung perintah Allah s.w.t. dan sunnah Rasulullah s.a.w., bahkan kedua-duanya wajib diutamakan mengatasi perkara-perkara lain.

 

Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya setiap orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka perbaikilah hubungan sesama saudara kamu”

(Surah Al Hujurat, ayat 100 )

 

Firman Allah seterusnya:

“… dan hendaklah kamu semua berpegang kepada tali Allah kesemuanya dan janganlah kamu berpecah belah”

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

“ Seorang mukmin bagi mukmin yang lain seperi bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan  sebahagian yang lain”

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin adalah saudara bagi muslim yang lain; tiada menzaliminya dan tidak juga membiarkannya”

 

Sabda Rasulullah s.a.w:

“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam kasih sayang mereka, belas kasihan sesama mereka dan perasaan simpati mereka, adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota badan mengadukan hal maka seluruh badan akan menanggungnya dengan berjaga malam dan merasa demam”

 

1.142 Al-Tafahum (Bersefahaman)

 

Rukun kedua usrah ialah Tafahum atau bersefahaman. Kita dituntut sepanjang masa untuk berpegang kepada kebenaran iaitu dengan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. dan meninggalkan laranganNya. Ahli usrah mesti sentiasa meneliti diri sehalus-halusnya sama ada benar-benar telah menunaikan perintah Allah atau menderhakai perintahNya. Setelah memeriksa diri sendiri maka hendaklah nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila ada kekurang pada saudara yang lain.

 

Dalam memberi nasihat yang diberi nasihat hendaklah bersedia menerima nasihat dari saudaranya serta berterima kasih atas nasihat tersebut. Manakala pemberi nasihat pula, janganlah berburuk sangka terhadap msaudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan hati itu sekadara jarak sehelai rambut sekalipun.

 

Nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihati. Pemberi nasihat janganlah menanggap dirinya lebih mulia bahkan hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang kesilapan saudaranya itu selama sebualan dan tidak menceritakan kecacatan yang telah diperhatikannya kepada ketua usrah. Ia hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua usrah jika merasa tidak berdaya untuk memperbaikinya.

 

Dalam apa keadaan sekalipun, janganlah sekali-kali kita merasa tawar hati terhadap saudara yang bersalah tadi, malah hendaklah tetap memberi kasih sayang kepadanya sehinggalah berlaku apa-apa perubahan yang dikehendaki. Saudara yang diberi nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepalanya kepad apemberi nasihat. Ini kerana martabat ‘berkasih sayang kerana Allah’ adalah setinggi-tinggi martabat kasih-sayang sesama manusia. Nasihat pula merupakan dasar yang amat penting dalam agama Islam. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “ Agama itu adalah nasihat”

 

1.143 Al-Takaful (Bantu-membantu/berseimbangan)

           

Al-takaful atau bantu-membantu adalah memelihara nasib sesama sendiri hingga tiada yang terbiar atau terdampar. Dasar Al-takaful ini hendaklah dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh untuk bersama-sama memikul bebanan sesama sendiri. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah yang sejati. Untuk mengamalkan rukuan Al-takaful ini, kita hendaklah sentiasa bertanya khabar berita, ziarah-menziarahi dan saling memberi pertolongan sedaya mungkin. Sabda Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

 

“ Sesungguhnya seseorang kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya, itu adalah lebih baik baginya daripada beri’tikaf selama sebulan di masjidku ini”

 

Kesimpulannya adalah menjadi tanggungjawab setiap ahli usrah untuk memelihara dan melaksanakan rukun-rukun usrah ini dengan sebaik mungkin. Kita mesti saling percaya-mempercayai dan menjaga kerahsiaan ahli usrah. Bagi para naqib/at pula, laksanakanlah tugas dengan penuh keikhlasan untuk menegakkan agama Allah, istiqamah dengan perjuangan yang benar dan berusaha ke arah mewujudkan suasana ukhuwwah Islamiyyah di kalangan anggota usrah. Mudah-mudahan Allah sentiasa membantu kita.

 

1.15 PENGISIAN USRAH

 

Setiap individu mempunyai kewajipan yang banyak berbanding dengan masa yang ada, tambahan lagi bagi seorang yang berada dalam perjuangan Islam. Oleh itu pertemuan usrah hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara berikut:

 

1.      Membentangkan permasalahan dan kesalahan

Setiap ahli usrah hendaklah membentangkan permasalahan dan kesulitan yang dihadapi, kemudian saudara lain turut mengambil berat untuk menolong mengatasi masalah tersebut. Ini hendaklah dilakukan dalam suasana ukhuwwah sejati semata-mata kerana Allah s.w.t. Sabda Rasulullah s.a.w:

 

“ Orang mukmin itu adalah cermin bagi saudaranya”

 

Sabda Rasulullah s.a.w seterusnya yang bermaksud:

 

“Perbandingan orang-orang yang beriman dalam berkasih-sayang mereka, belas kasihan sesama mereka, dan rasa simpati mereka adalah seperti badan yang satu; apabila mana-mana anggota mengadukan hal maka seluruh badan yang lain turut menanggungnya dengan berjaga malam dan merasai demam”

 

2.      Bermuzakarah

Kita digalakkan bermuzakarah iaitu bertukar-tukar pendapat berkaitan urusan umat Islam. Hendaklah menatap risalah-risalah dan taklimat yang diedarkan. Dalam setiap pertemuan usrah, janganlah ada sebarang pertengkaran atau bertikam lidah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar tatatertib dan dengan cara menghargai pendapat yang datang dari semua pihak.

 

3.      Kajian buku

Kita juga digalakkan mengadakan kajian yang berfaedah mengenai sesebuah kitab yang bermutu. Apabila sesuatu kajian berjaya dilakukan, maka hendaklah beralih untuk melaksanakan isi kandungannya dalam menjayakan erti ukhuwwah yang sebenar. Perkara sebegini tentulah tidak dapat disediakan dalam taklimat-taklimat usrah.

 

4.      Program Tambahan

a)      Dalam usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan di kalangan ahli usrah, maka perkara tersebut perlu diambil berat:

b)      Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan sebagainya.

c)      Mengadakan perkelahan riadhah pada setiap bulan.

d)     Berpuasa dan berbuka bersama sama seminggu atau dua minggu sekali. Sembahyang berjamaah bersama-sama di surau/masjid.

e)      Berusaha untuk bermalam beramai-ramai dan berqiamullail.

 

 

1.16 ADAB-ADAB USRAH

 

1.      Mengikhlaskan niat semata mata kerana Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t:

Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan sekelian alam”

2.      Datang ke tempat usrah tepat pada waktu yang dijanjikan.

3.      Meminta izin untuk masuk dan keluar usrah serta memberi salam sebelum masuk usrah

4.      Datang ke majlis urah dalam keadaan berwudhuk dan suci jiwa dan tubuh badan

5.      Datang ke majlis usrah dengan persiapan dan membawa keperluan yang diperlukan seperti Al-Qur’an, teks usrah dan buku catitan

6.      Hadir usrah dengan hasrat mengukuhkan ukhuwwah Islamiyyah dan berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman Islam.

7.      Mendahului majlis usrah dengan Al-Fatihah, pujian dan syukur ke hadrat Allah s.w.t. serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w. Menutup majlis dengan bacaan surah Al-A’sr dan tasbih kaffarah dengan bertadabbur maknanya.

8.      Jangan mengangkat suara yang tinggi melebihi keperluan, tidak banyak ketawa dan tidak banyak bergurau serta tidak banyak bertengkar

9.      Sentiasa berusaha untuk merapatkan ukhuwwah di kalangan ahli usrah.

10.  Berada dalam keadaan sopan-santun dan berbincang dengan baik dalam segala perkara yang dibangkitkan.

11.  Bersalaman dan bermaafan selepas selesai majlis.

 

BAHAN RUJUKAN

 

1.      Fiqh Sirah 1 –Sa’id Ramadhan Al-Buthi

2.      Usrah dan Dakwah – Al-Imam Hasan Al-Banna

 

 

 

Relevankah USRAH?

Sebelum itu kenapa ada yang bertanya adakah Usrah ini relevan atau tidak

Yakni relevan itu daripada aspek apa?

 

Sebagai pelajar universiti, bukankah 100% fokus perlu diberikan kepada pengajian di universiti

Yakni jika biologi maka teruslah thabat dan istiqamah dengan biologinya sahaja

Ataupun jika fizik, maka teruslah konsisten dengan fiziknya sahaja

Nah, mengapa perlu ada usrah?

 

Terbukti banyak peristiwa dimana yang selalu dibuang universiti lantaran masalah akademiknya ialah abang-abang atau akak-akak penggerak usrah

Yakni Naqib dan Naqibah Usrah lah yang kelihatan selalu berhadapan dengan masalah akademik

Lantaran situasi sebegini, relevankah usrah kepada para pelajar?

 

Jika usrah itu wujud sebagai sampingan ketika pengajian di universiti

Maka yang sampingan itu perlu disingkir andai ia mengganggu yang asas, yakni akademik yang sepatutnya lebih dititik beratkan

 

 

Relevankah usrah?

 

Benarlah kata Sheikh Abul A’la Al Maududi

Beliau berkata bahawa universiti adalah perkuburan bagi golongan mahasiswa

Gulungan sijil,ijaza, phd, itu semuanya bagaikan pengesahan bahawa pelajar itu sudah berjaya dimatikan didalam medan perkuburan yang besar selama mana tempoh pengajian berlangsung

 

Yakni tempoh pengajian itu mematikan mahasiswa daripada hubungan dengan dunia luar

Sekularisasi pendidikan yang wujud di universiti menyebabkan pelajar menjadikan pengajian dan perjuangan menegakkan Islam sebagai bahan sampingan kepada program akademik universiti

Yakni boleh ditendang disisih andainya ia kelihatan membantut prestasi akademik mereka

Maknanya pengajian dan perjuangan menegakkan Islam hanyalah bersifat kosmetik yang tidak penting , boleh dicuci dan dibuang andainya difikir tidak perlu

 

Perlu diinsafi apakah yang sebenarnya menjadi faktor keciciran dan kelemahan akademik pelajar di unveristi

Sebelum menuding jari kepada usrah sebagai faktor

Eloklah diperhalusi perkara yang lain..

 

Jumlah drama korea yang ditonton misalnya

Jumlah jam kerja part time sebagai cleaner misalnya

Jumlah waktu yang diperuntuk untuk bermain computer games/ PS3/ atau permainan konsol yang lain misalnya

Jumlah waktu yang diperuntuk untuk memadu cinta di Yahoo Messenger atau Facebook misalnya..

 

Dan banyak lagi perkara yang lain perlu diperhalusi

Yakni sebelum menyatakan usrah menjadi punca kepada kemerosotan akademik

 

Sebagai pelajar yang sendiri mengalami masalah akademik yang kritikal

Ku tidak fikir usrah adalah penyebab kepada masalah ini

 

Yang menjadi faktor kemerosotan akademikku adalah bilamana hubungan ku dengan Allah ada wujud masalah

Yakni ku tidak beribadah dengan sepenuh hati

Tidak beramal dengan apa yang pelajari dan disampaikan didalam usrah

 

Astaghfirullah .. memang hina diri ini

Namun tidaklah sebegitu hina untuk menjadikan usrah

Atau pengajian dan gerakan menegakkan Islam secara umumnya

.. sebagai satu alasan kepada pencapaian akademik yang kurang cemerlang

 

Jauh disana wujud begitu ramai First Class students yang lahir daripada institusi usrah

Mereka berjaya menjadi teknokrat hizbullah

Cemerlang akademik dan pada masa yang sama aktif usrah, dan aktif dalam gerakan menegakkan Islam

 

Kadangkala cara pembawaan usrah yang lemah menyebabkan wujud kesangsian dikalangan penggerak dan anak usrah samada usrah itu relevan atau tidak

Mungkin si A sedang berbicara mengenai usrah yang difahami berbeza oleh si B

Contohnya apabila berada didalam usrah yang ku lalui ketika di sekolah menengah mestilah berbeza dengan usrah yang ku lalui semasa di universiti

 

Pengurusan usrah yang berkesan akan memberikan impak yang positif kepada perkembangan diri setiap anggota usrah

PENTADBIRAN USRAH (sumber : DPPWP)

Setiap naqib/ah perlu memastikan agar perjalanan usrahnya diatur rapid an kemas dan jangan sampai kepada peringkat yang boleh membosankan ahli-ahli usrah. Usrah janganlah hanya dijumudkan dengan perbincangan teks sahaja tetapi ianya juga boleh diluaskan dengan bentuk perbincangan, rehlah, ziarah, riadhah, majlis qiamullail dan sebagainya.

Usrah mempunyai cirri yang membezakannya dari nizam al-tarbiyyah yang lain diantara cirri-citi tersebut ialah:

1. Usrah hendaklah bersifat mutawasil (berterusan). Usrah yang berkesan mestilah berterusan dan pemutusan usrah akan mengakibatkan kurangnya penghayatan dan perkembangan tarbiyyah dikalangan anggotanya.
2. Merangkumi keseluruhan ahli samada pimpinan, pengikut, mahupun pekerja.
3. Mempunyai perancangan (al-tahhtit) yang rapi dalam semua sudut.
4. Kesungguhan semua pihak yang terlibat samada nuqoba’ manupun ahli.
5. Antara keberkesanan sesuatu usrah itu akan dapat dilihat sejauh mana persoalan ini dapat dilihat dan dijawab dengan sempurna:

  • Sejauh mana peningkatan ahli dalam penghayatan Islam.

  • Sejauhmana pula konsep al-ta’wun (bekerjasama) di kalangan para ahli dalam membantu proses penghayatan Islam.

  • Sejauh mana ikatan ukhuwwah dan amal jamaie dapat dibentuk dan sejauhmana pula perlaksanaannya dalam bentuk amalan.

 

 

Relevankah usrah?

Tidak akan terjawab andainya kita tidak mengenali dan menyertai usrah …

 

 

- jzk-